Tuesday, August 21, 2007

Teori Senyum

Kata Lange, "Kalau saudara senyum, maka saudara akan gembira."

Kata ahli jiwa yang lain, "Saudara gembira, maka saudara senyum."

Ada yang bersetuju dengan Lange. Ada yang bersetuju dengan yang lain. Saya memilih untuk bersetuju dengan kedua-duanya.

Bukan tamak,ya. Cuma alangkah suram dan kejam dunia ini apabila pilihan bererti satu sahaja yang dihiraukan, dan yang satu lagi diabaikan. Terus.

Saudara tidak perlu buang agama jika saudara mahu jadi saintis. Saudara juga tidak perlu jadi sedih apabila saudara sudah kaya.

Statistik cuma penunjuk sahaja. Ia bukan keputusan hidup saudara.

Saya memilih untuk senyum, untuk bercerita dengan terbuka dan ikhlas pada semua. Mungkin sahaja saya akan gembira dan mungkin sahaja tidak.

Cuma saudara doakan saya,ya. Sungguh-sungguh, doa yang betul-betul daripada hati, supaya saya boleh berdiri tersenyum bukan kerana teori lagi.

Tuesday, August 07, 2007

Demam

Saya demam, lagi.

Pensyarah semacam tidak percaya. "Takkanlah. Bukan baru dua minggu lepas awak demam?"

Er, sekarang demam pun boleh tempah tarikh kah?

:)

p/s: Budak-budak ini bilang: Din, suara kau seksilah

Yo, ooo. ooo. (Baca: yo uu uu.) (Saudara mesti tidak faham. Saya memang suka guna bunyi-bunyi yang ketinggalan zaman :) )

________________________________

update:

Sekarang hari-hari saya update. Rajin bukan? ;)

Saya sudah hilang suara. Daripada uh-uh-ah-ah yang halus kepada diam terus. Sekarang saya lebih faham betapa kecewa rasanya apabila saudara ada banyak yang mahu diperkatakan, tetapi tiada saluran. Uhm, dalam kes saya, tiada suara.

Dua hari ini bukanlah hari-hari yang menyihatkan, tetapi ia masih hari-hari yang menyeronokkan. Saya ada masa untuk membaca. Secara senang-lenang dan tenang.


(saya tak jumpa gambar buku. CAP mungkin lebih percaya pada media konvensional berbanding internet ;) Gurau sahaja)

1. The Happiness Factor, terbitan CAP. (ini buku ehsan Abang Zamri) - kalau saudara tengok dan baca buku ini, saudara mesti terkejut. Wah, buku Consumer Association of Penang ini macam buku terbitan Harper Collin atau Penguin. Kualiti kulit depan, susun atur, tulisan dan isi memang bagus. Kecil comel pula. Harga cuma rm8.

2. Leaving Microsoft to Change the World- Pertama kali jumpa buku ini di Kinokuniya, saya salah faham tajuknya. Saya terbaca leaving to microsoft to change the world. Mulanya saya fikir ini satu lagi buku tentang William H. Gate. Sebenarnya, bukan. Buku ini tentang bekas eksekutif Microsoft, John Gray (sebentar, bukan Gray. John Wood. Gray yang tulis Mars dan Venus itu.), pengasas Room to Read. Kalau saudara bernasib baik seperti saya, saudara boleh dapat dengan harga terlampau pada rm19.90 di BookXcess. Cuma masa saya beli hari itu, cuma ada satu sahaja :grin: Harga biasa Kino adalah rm40 dan ke atas.


3. Stumbling on Happiness. Penulis saya tidak ingat. Google kan dekat saja? ;) - walaupun kulit buku hitam, tulisannya santai. Baru belek-belek, jadi saya tidak layak untuk cakap banyak.

Saya juga sempat tonton dua filem ;) (Saudara mesti cakap: Wah, ini sudah lebih)

1. Fantastic Four: Rise of Silver Surfer - bagi saya ceritanya masih macam dulu. Premis superhero yang kuat, hensem dan hendak selamat dunia. Tidak ada konflik kemanusiaan yang kuat macam Spiderman atau Batman Begins. Saya cuba bayangkan bagaimana rupa kekasih Silver Surfer apabila dia bilang sama Invisible Woman, "You remind me of her..." Jessica Alba tetapi berkilat-kilat macam merkuri?

Ya, ini filem yang sudah lama ditayang. Saya cuma baru tonton sekarang. Maaf kalau saya pesimis dan tidak membantu sebab sejujurnya memang saya asyik potong-potong sahaja masa tengok.

2. Seven samurai - filem akira kurosawa. Ramai sangat yang puji filem ini. Bila saya jumpa dvd dalam koleksi teman sebilik, saya terus tonton. Ini filem hitam putih tetapi jalan ceritanya lebih warna-warni daripada cerita yang dirakam HD. Filem yang baik tidak perlukan pujian saya, ia boleh berdiri sendiri.


____________________

Esok saya mesti ke kelas. Pakej percutian saya sudah tamat (baca: Amboi, hendak MC berapa hari?) :)

Spoiler: saya memang demam. Percayalah. Apa? Orang demam tidak boleh kenyit-kenyit mata dan senyumkah?

Friday, August 03, 2007

To hear, more

(To write this, I took 2 hours. Or maybe less. At least an hour, to watch Scrubs and My Name is Earl.)

For a writer not to write, is seems like a sin.

The minimum is, as my friend suggested, you should write something on blog.

"Just write," he said. "You think too much. Just write."

Writing can be easy. You put your fingers on the keyboard and they will start dancing. Sweet words coming out. The end.

Or, what we should do, is to comprehend all the wisdoms first, before putting it down on paper (or computer).

I opted to the second. And part of the comprehension is to listen at others' voices.

:) My life is interesting. I have no doubt about that. More over, others lives are interesting too. Being silent here is a statement. That I am willing to listen more to others. It may happens in real life (which means less time in front of the computer) or by surfing to more webs and blogs, and read them all.

Dont worry. I will write on BMW Shorties, on that cheap-like-hell bookshop and A'shiq arRasul. Later.

Oh, you know me. Waiting is boring ;)